Custom Search

Mereka Yang Membanggakan Seorang Pemimpin Dengan Riak & Angkuh

1

Written on 17.11 by محمد افيس

Apa Yang Disabdakan Nabi Muhammad S.A.W Tentang Hal Itu?

Diriwayatkan Al-Hakim dan Yazid bin Abi Sofyan, ia berkata: Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu Anhu berkata kepadaku ketika mengutusku ke negeri Syam: Wahai Yazid, sesungguhnya engkau mempunyai kerabat yang memungkinkan engkau untuk mengutamakan mereka dalam pemerintahan, dan itu yang paling aku khuatirkan terhadapmu kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda:


Ertinya:
“Barangsiapa yang memegang sesuatu urusan kaum Muslimin, kemudian ia mengangkat seseorang pemimpin bagi mereka dengan riak dan kebanggaan, maka baginya laknat Allah. Allah tidak akan menerima darinya amalan sunat dan tidak pula amalan wajib kecuali memasukkannya kedalam neraka Jahanam.”

Pendapat Ulamak Mengenai Erti Kalimat Di Atas

Ammara’Alaihim: Menunjuk (mengangkat) seorang pemimpin untuk mereka.
Mahabbaatan: Dengan riak dan keangkuhan.
Sharfan: Amalan sunnat.
‘Adlan: Amalan fardhu, ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Huraian & Kesimpulan

Allah melaknat orang yang memegang suatu urusan kaum Muslimin kemudian mengangkat seorang pemimpin bagi mereka dengan riak dan kebanggaan, padahal orang yang diangkat untuk memimpin itu tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan jujur dan ikhlas, sehingga menyebabkan ketidak stabilannya urusan dan kegiatan orang tersebut. Perbuatan ini menyebabkan terusirnya rahmat Allah S.W.T terhadap pelakunya.

Maka hendaklah penguasa kaum Muslimin waspada terhadap perbuatan ini. Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T di dalam pemerintahan dan pengambilan keputusan diantara mereka.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. yattie nopiah |

    alhamdulillah,dah berubah dah ko yek

     

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular