Larangan Melakukan Zihar
Written on 03.34 by محمد افيس
Maksudnya
2. Orang-orang Yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang Yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan Yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan melakukan Yang demikian) memperkatakan suatu perkara Yang mungkar dan dusta. dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3. Dan orang-orang Yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa Yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan.
4. Kemudian, sesiapa Yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa Yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Penjelasan
Zihar ialah ucapan suami kepada isteri , "Punggungmu seperti ibuku." Ucapan itu dimaksudkan bahawa ia tidak boleh menggauli isterinya sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Dalam adat jahiliyah, zihar dimaksudkan sebagai talak. Orang yang mengucapkan zihar, wajib baginya menarik kembali kata katanya dan membayar kafarat dengan cara berikut:
- Memerdekakan seorang hamba sebelum menggauli isterinya.
- Sekiranya tidak mampu memerdekakan seorang hamba hendaklah ia berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
- Sekiranya tidak mampu untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. (Setiap orang satu mud)
Di dalam al Qamus, mud adalah takaran, yaitu dua rithl (menurut pendapat Abu Hanifah) atau satu sepertiga rithl (menurut madzhab jumhur) atau sebanyak isi telapak tangan sedang, jika mengisi keduanya, lalu membentangkannya, oleh karena itu dinamailah mud (Subulus Salam, hal. 111. Di dalam cetakan Darus Sunnah Press tertulis liter bukan rithl, dan yang masyhur adalah ucapan rithl, insya Allah ini yang benar, wallaHu a'lam)
Suami yang telah menzihar isterinya tidak halal baginya untuk menggauli isterinya, sampai dia membayar kafarat. Demikianlah besarnya kesalahan suami yang menzihar isterinya. Justeru itu para suami hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan zihar ini, ini adalah kerana ia adalah dosa yang sangat di murkai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.