Custom Search

Pahaman Syi'ah Harus Dibendung

0

Written on 23.24 by محمد افيس

Latar Belakang


Syi`ah adalah nama bagi satu aliran atau mazhab siyasah Islam yang lahir untuk menegakkan kekuasaan politik dan agama. Aliran ini muncul dalam zaman pemerintahan Khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayyidina `Uthman bin `Affan radhiyallahu `anh. Pengaruh aliran ini telah bertambah luas ketika pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah apabila pengikut Sayyidina `Ali menerima tekanan. Dikalangan pengikut Mazhab Syi'ah, terdapat golongan melampau, kurang melampau dan golongan sederhana.

Golongan melampau terdiri daripada golongan Al-Kisaniyyah, Al -Bayaniyyah,As-Saba'iyyah sederhana ialah golongan Az-Zaydiyyah Al-Mughiriyyah, Al-Mansuriyyah, Al- Katibiyyah, dan Al-Gharabiyyah. Golongan kurang melampau pula terdiri daripada golongan Al-Isma`iliyyah, Al-Hakimiyyah, Ar-Ruzi, An-Nasiriyyah dan Al-Ithna `Asyariyyah. Manakala golongan sederhana ialah golongan Az-Zaydiyyah. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara Mazhab Syi`ah dan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jama`ah terutama dalam bidang `aqidah dan syari`ah. Dari segi `aqidah, perbezaan antara kedua mazhab ini adalah dalam perkara mengenal Allah, melihatAllah dan sifat Allah. Dari segi syari`ah, perbezaan antara kedua mazhab ini dapat dilihat dalam perkara yang berhubung dengan kitab Al-Qur'an, sunnah Nabi, sahabat, ijtihad, nikah mut`ah, perkahwinan dengan perempuan Ahli Kitab, pembahagian harta pusaka dan lafaz azan.

Selain itu, kedua-dua mazhab ini juga berbeza pendapat mengenai perkara kenabian dan khalifah. Kebangkitan fahaman Syi`ah secara meluas di Malaysia bermula daripada kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Ali Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syi`ah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia. Syi`ah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10 peratus dari seluruh umat Islam dunia. Golongan Syi`ah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga kumpulan terbesar iaitu:

Syi`ah Imam Dua Belas (Ja`fariyyah).

Kumpulan ini merupakan golongan Syi`ah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60 peratus daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

Syi`ah Zaydiyyah.

Kumpulan yang dikenali dengan nama "Syi`ah Imam Lima" ini berkembang di Yaman dan hampir 40 peratus daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syi`ah Zaydiyyah.
Syi`ah Isma`iliyyah.

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang yang kini berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan TimurAfrika.
Di Malaysia terdapat tiga kumpulan Syi`ah yang berkembang sejak beberapa tahun yang lalu iaitu:

Syi`ah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra).

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali dengan golongan yang memiliki "Kedai Bombay". Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan antara 200 hingga 400 orang.

Syi`ah Isma`iliyyah Agha Khan.

Kumpulan yang dikenali dengan nama "Kedai Peerbhai" ini bergerak di sekitar Lembah Klang. Jumlah pengikutnya tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil daripada kelompok Bohra.
Syi`ah Ja`fariyyah @ Imamiyyah Ithna `Asyariyyah (Imam Dua Belas).

Kumpulan Syi`ah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syi`ah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan dalam menyebarkan fahaman Syi`ah Ja`fariyyah secara serius kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi.

Beberapa buku utama Syi`ah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, antaranya:
  1. Kasyf Al-Asrar oleh Ayatullah Al-Khomeini.
  2. Al-Hukumah Al-Islamiyyah oleh Ayatullah Al-Komeini.
  3. As-Sab`ah Min As-Salaf oleh Ayatullah Al-Murtadza Az-Zubayd
  4. Al-Usul Min Al-Kafi oleh Asy-Syeikh Muhammad bin Ya`kub Al-Kulayni (Tahun 1338H).
  5. Tahrir Al-Wasilah oleh Ayatullah Al-Khomeini
  6. Al-Muraja`at oleh Asy-Syeikh `Abdul Husayn Syarafuddin Al-Musawi.
  7. Peshawar Nights oleh As-Sayyid Muhammad Ra'is Al- Wahidin.
  8. Mafatih Al-Jinan oleh Syeikh `Abbas Al-Qummi.
  9. Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab DiAntara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan bin Yusuf Al- Mutahhar Al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof.Madya Dr.Lutpi Ibrahim (tahun 1993).
  10. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bayt a.s.? oleh Syeikh Muhammad Mar`i Al-Amin Al-Antaki, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (Tahun 1993). As-Sahabah oleh HaydarAhlu Al-Bayt oleh Dr. Mahfuz Mohamed.

Pengaruh fahaman Syi`ah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

Antara gejala-gejala yang timbul akibat daripada fahaman dan ajaran Syi`ah ialah:

  1. Wujudnya kes kahwin mut`ah.
  2. Meluasnya penyebaran buku-buku Syi`ah.
  3. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.
  4. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu terhadap pengaruh Syi`ah terutama golongan ahli politik.

Penyebaran fahaman Syi`ah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara seperti berikut

  1. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka.
  2. Lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

  3. Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya

  4. Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

  5. Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syi`ah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan kedai-kedai buku yang terkenal

Ciri Ciri Kesalahan
Penyelewengan dari sudut `aqidah:

Imam adalah Ma'sum

  1. Syi`ah meyakini bahawa imam-imam adalah ma`sum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada i`tiqad mereka, imam- imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syari`at dan melaksanakan hukum-hukum.
    Khalifah diwasiatkan secara nas.
  2. Golongan Syi`ah mempercayai bahawa imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan RasulNya secara nas. Mereka juga percaya wasi Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam ialahSayyidina`Ali. Kemudian Sayyidina`Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Husayn sehinggalah kepada Imam Dua Belas Al-Mahdi Al-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi bermula daripada Nabi

  3. Golongan Syi`ah mempercayai bahawa imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan RasulNya secara nas. Mereka juga percaya wasi Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam ialahSayyidina`Ali.KemudianSayyidina`Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Husayn sehinggalah kepada Imam Dua Belas Al-Mahdi Al-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada nabi yang terakhir.
    Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-bada').

  4. Dari segi bahasa, al-bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut `aqidah Syi`ah, al-bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripadaNya. Syi`ah juga percaya bahawa ilmu dan kehendak Tuhan itu akan berubah-ubah bersesuaian dengan keadaan yang berlaku atau fenomena baru. Sebagai contoh kepada pengertian al-bada', An-Nawbakhti menyebutkan bahawa Ja`far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Isma`il sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Isma`il meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja`far bin Muhammad al-Baqir masih hidup.
    Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (ar-raj`ah).

  5. Mengikut `aqidah Syi`ah, mereka dikehendaki percaya bahawa Allah subhanahu wata`ala akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka termasuk para sahabat Rasulullah seperti Sayyidina Abu Bakar, `Umar, `Uthman, `A'isyah, Hafsah, Mu`awiyah dan lain-lain.

Berpura-pura (at-taqiyyah).

  1. Menurut `aqidah Syi`ah, at-taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar daripadakandungan hatinya. At-taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf.

  2. Konsep Al-Mahdiyyah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hasan Al-`Askari sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.

  3. Syi`ah Imamiyyah percaya bahawa Muhammad bin Hasan Al- `Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini, orang Syi`ah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang yang digelar sebagai "wakil-wakil khas". Mereka ialah `Uthman ibn Sa`id Al-`Umri, anaknya Muhammad ibn `Uthman, Husayn ibn Ruh dan `Ali ibn Muhammad As-Saymiri. Zaman ini menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini, orang Syi`ah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang yang digelar sebagai "wakil-wakil khas". Mereka ialah `Uthman ibn Sa`id Al-`Umri, anaknya Muhammad ibn `Uthman, Husayn ibn Ruh dan `Ali ibn Muhammad As-Saymiri. Zaman ini

  4. Menuduh Abu Bakar, `Umar, `Uthman dan Mu`awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.


  5. Golongan Syi`ah turut membuat tuduhan bahawa Abu Bakar, `Umar, `Uthman dan Mu`awiyah sebagai empat berhala Quraisy. Selain itu, para pengikut mereka juga dikatakan sebagai musuh Allah subhanahu wata`ala.

Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayyidina `Ali.

  1. Syi`ah menyanjung Sayyidina `Ali secara berlebihan sehingga beliau disamatarafkan dengan Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam. Bahkan dalam beberapa hal Sayyidina `Ali dianggap lebih tinggi lagi.

  2. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam
    Golongan Syi`ah ini mempercayai bahawa selepas wafat sulullah sallallahu `alayhi wasallam, semua sahabat murtad kecuali Ahlu Al-Bayt dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Zar, Miqdad bin Aswad, Salman Al-Farisi dan `Ammar.
    Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama`ah sekalipun hadith mutawatir.

  3. Golongan Syi`ah menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jama`ah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka juga tidak menerima hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah Khulafa' Ar-Rasyidin (kecuali Sayyidina `Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurayrah, Samurah bin Jundub, Marwan bin Al-Hakam, `Imran bin Hathan Al- Khariji dan `Amru bin Al-`As. Apa yang mereka terima hanyalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina `Ali dan Ahlu Al-Bayt sahaja

  4. Hanya `Ali dan para imam sahaja yang menghafal dan menghimpun Al-Qur'an dengan sempurna.

  5. Golongan Syi`ah menganggap bahawa tiada daripada kalangan sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali `Ali dan para imam sahaja. Mereka turut mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Diriwayatkan juga terdapat mashaf `Ali (mashaf Fatimah) yang mengandungi ayat Al-Qur'an sebanyak 17,000 ayat, iaitu tiga kali ganda daripada mashaf `Uthmani.

Menambah syahadah.

Golongan Syi`ah turut menambah nama Sayyidina `Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam seperti berikut:

Menghalalkan nikah mut`ah.

Golongan Syi`ah menghalalkan nikah mut`ah. Mengikut ajaran dan fahaman Syi`ah, perkahwinan mut`ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.

Penyelewengan Dari Sudut Syari'ah

Mengamalkan nikah mut`ah.
Golongan Syi`ah masih meneruskan amalan nikah mut`ah yang pemah diharuskan pada peringkat awal Islam dalam keadaan dan masa tertentu dan mereka masih mengamalkannya sehingga sekarang. Mereka berpendapat bahawa nikah mut`ah adalah diharuskan di dalam syari`at Islam. Ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syari`at tersebut. Ciri-ciri nikah mut`ah ialah `aqad, tempoh dan mahar.

Dalam nikah mut`ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, sama ada sebulan, setahun atau sehari. Bagi mereka, nikah mut`ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Nikah mut`ah juga boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan `aqad hendaklah disebutkan mahar dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya.

Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Dalam nikah mut`ah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut`ahkan. Oleh yang demikian, mereka berpendapat nikah mut`ah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut`ahkan. Oleh yang demikian, mereka berpendapat nikah dimut`ahkan. Oleh yang demikian, mereka berpendapat nikah mut`ah boleh dilakukan hingga seribu orang wanita

Menolak ijma` ulama'.
Golongan Syi`ah tidak menerimapakai ijma' ulama'. Ini terbukti apabila mereka menolak pelantikan khalifah Abu Bakar, `Umar dan `Uthman, malah mereka hanya berpegang kepada pendapat-pendapat imam mereka sahaja. Bagi mereka, ijma' mempunyai kesalahan, sedangkan pendapat imam adalah ma`sum.
Menolak qiyas.
Golongan Syi`ah juga menolak qiyas. Mereka mendakwa bahawa beramal dengan qiyas akan merosakkan agama.

Pelbagai Penyelewengan Umum
  1. Menghina Abu Bakar dan `Umar serta dua orang isteri Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam

  2. Golongan Syi`ah juga menghina Abu Bakar dan `Umar dengan gelaran "dua berhala Quraysh". Selain itu, mereka turut menghina isteri-isteri nabi, iaitu Sayyidatina `A'isyah dan Hafsah dengan menggelarkan mereka sebagai "taghut" dan "pendusta".

  3. Menziarahi kubur Sayyidina Husayn ganjarannya syurga.

  4. Golongan Syi`ah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Sayyidina Husayn akan mendapat ganjaran syurga.

  5. Imamah dan khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
    Golongan Syi`ah mendakwa imamah dan khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.

  6. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.

  7. Golongan Syi`ah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sebagai amalan yang masyhur sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian syahid Sayyidina Husayn. Pada hari tersebut, mereka meraikannya dengan duduk di rumah sambil menerima ucapan ta`ziyah daripada kalangan mereka di samping mengadakan majlisjamuan. Selain itu, imam-imam mereka turut memberi khutbah dan melagukan qasidah sebagai memperingati syahidnya Sayyidina `Ali dan Ahlu al-Bayt Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam serta kelebihan-kelebihan mereka.

  8. Mengharuskan jama` sembahyang dalam semua keadaan.

  9. Golongan Syi`ah mengharuskan jama` sembahyang fardhu iaitu Zuhur dan `Asar dalam waktu `Asar, Maghrib dan Isya' dalam waktu Isya' dalam semua keadaan tanpa sebarangsebab.

  10. Sembahyang dhuha adalah bid`ah dan haram.

  11. Golongan Syi`ah mendakwa sembahyang dhuha adalah bid`ah. Mereka menganggap para imam mazhab empat yang mengatakannya sebagai amalan sunat adalah menyalahi sunnah Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam.

  12. Islam bukan syarat wajib haji.

  13. Golongan Syi`ah mendakwa Islam bukanlah syarat wajib mengerjakan ibadah haji.

  14. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
    Golongan Syi`ah mendakwa wajib menyapu kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya sebagaimana pendapat sebahagian para sahabat dan tabi`in seperti Ibn `Abbas, `Ikrimah, Anas, Abu Al-`Aliyah dan As-Sya`bi.

Keputusan Fatwa


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mengambil maklum dan bersetuju menerimapakai keputusan fatwa Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996 yang memutuskan bahawa:

Bersetuju supayakeputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syi`ah yang menetapkan seperti berikut:

  • "Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini, Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syi`ah dari golongan Al-Zaydiyyah dan Ja`fariyyah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia" dimansuhkan.

  • Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah dari segi `aqidah, syari`at dan akhlaq.

  • Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri- Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah dari segi `aqidah, syari`at dan akhlaq.

  • Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri dan Hukum Syara` bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syara`" atau "Undang-Undang Syara`" atau "Undang-Undang Islam" seperti berikut:

  • "Hukum Syara` atau Undang-Undang Islam ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah dari segi `aqidah, syari`ah dan akhlaq."
    Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah bercanggah dengan Hukum Syara` dan Undang-Undang Islam; dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah dilarang.

  • Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syara` yang berasaskan pegangankepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jama`ah sahaja.

  • Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah adalah diharamkan.




If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular