Custom Search

Teknik Membuang Santau

0

Written on 15.38 by محمد افيس

Definisi : Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.

Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.


Cara Membuang Santau

Barang Yang Perlu Disediakan:
  1. Kain putih sepanjang 4 meter.
  2. 1 botol Minyak atar (Malaikat Subuh).
  3. 7 biji limau nipis @ limau purut
  4. 4 jenis bunga tanpa bau (tidak bergetah)
  5. 3 jenis bunga wangi (tidak bergetah)
  6. Air Zam Zam 2 botol @ air mineral 2 botol
  7. Pisau (untuk memotong limau)

Tatacara

  • Waktu rawatan hendaklah dilakukan selepas solat isyak.
  • Solat Hajat 2 rakaat dilakukan oleh orang yang mengubati.
  • Pastikan tidak ada gambar dan patung di sekitar kawasan.
  • Syahadah 3x dalam satu nafas.
  • Tapak kaki pesakit perlu ditekan di bahagian seperti didalam gambarajah di bawah sambil membaca Ayat bismillah 5 dan Ayat bismillah 7 . Tekanan yang sederhana perlu diberikan sehingga pesakit menjerit atau dirasuk. Sekiranya pesakit tidak dirasuk cukuplah sekadar di tekan selama 15 minit.



  • Sekiranya pesakit dirasuk perlulah ditekan sambil membaca ayat bismillah 5 dan tujuh sehingga pesakit tidak dirasuk lagi.
  • Setelah itu pesakit perlulah duduk bersila menghadap kiblat, manakal perawat perlulah berada di belakang pesakit.
  • Minyak atar (dibuka penutup), limau nipis (dipotong 4 penjuru), kain putih dan bunga (letak atas pinggan) & air (dibuka penutup).
  • Kesemua barangan tersebut perlulah diletakkan dihadapan perawat.
  • Setelah itu perawat perlu membaca surah Ar-Rahman ayat 1 hingga akhir.
  • Setelah itu perawat perlu membaca surah Al-Jin ayat 1 hingga akhir.
  • Kemudian perawat perlu mengulangi bacaan bismillah 5 dan bismillah 7 sambil di hembus di setiap barangan tersebut.
  • Pegang kepala pesakit sambil membaca Ayat bismillah 5 & bismillah tujuh
  • Kebiasaannya pesakit akan muntah atau keluar angin setelah sesi ini, ada juga yang dirasuk dan pengsan.
  • Setelah itu perahkan limau didalam baldi sambil berselawat serta memohon kepada Allah agar santau berjaya dikeluarkan dengan izin-Nya.
  • Tuangkan sebotol air zam zam @ mineral kedalam baldi yang sama.
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu air, minyak atar, bunga dan limau sehingga sebati.
  • Tambahkan air sehingga baldi penuh.
  • Kain putih tadi perlu dipakai oleh pesakit seperti pemakaian ihram.
  • Pesakit hendaklah mandi dengan air yang digaul tadi sehingga habis.
  • Lepaskan kain putih dan biarkan ia jatuh ke lantai tanpa menyentuhnya semula.
  • bunga, limau dan kain hendaklah di kutip dengan menggunakan sarung tangan dan diikat serta dibuang kedalam laut atau sungai.
  • Tidak boleh mengelap dan membilas badan, ia perlu dibiarkan sehingga anda bangkit untuk solat subuh.
  • Sebelum solat subuh hendaklah mandi seperti biasa.

Insyaallah setelah itu pesakit akan sembuh... dengan izin Allah S.W.T




If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular